-->
Perjalanan  Hidupku

Jul 12, 2013

Si Suami Belasah Si Isteri.....

Jul 12, 2013,9:37 PM | Comment

Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.

Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.


-my metro-

Notakaki : 
Wahai Lelaki, Ye Pun Awak Ni Seorang Yang Baran, No Need Lah Belasah Perempuan Sampai Tahap Macam Tuh, Especially Your WIFE. Aissh, To All Men Outside There, Jadikan Kisah Ni As Pengajaran Okai.
To muhammad farahi, sila jangan baran dengan saya ye,saya amat sensitive ...hahahaha :D

No comments:

Post a Comment


My Word


I write because I love to write and love to share my memory with him and I don't usually care if no one visits my blog :)


- Me -

A Tailor

NUR HIDAYAH BT BAHARUDIN
Eida + Along + Cumi
30 September 19**
Kuala Selangor/Sungai Petani
Mixed Blood
Taken by
♥3011712♥

JantungHatiKuh



My Husband
My ❤
My Heart
My Everything

Counting

Daisypath Anniversary tickers

Calender For All

Boutique & Online Store

AL-Husni Paradise

Promote Your Page Too

Followers

Blog Archive

  • ►  2016 (7)
    • ►  Feb (4)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2015 (10)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (2)
  • ►  2014 (71)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (5)
    • ►  Sep (7)
    • ►  Aug (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (10)
    • ►  Mar (7)
    • ►  Feb (7)
    • ►  Jan (25)
  • ▼  2013 (188)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Nov (17)
    • ►  Oct (18)
    • ►  Sep (15)
    • ►  Aug (14)
    • ▼  Jul (76)
      • Morning Sickness ~
      • Rindu Itu . . . . . .
      • Pong Ping Pung Pang -_-
      • Wednesday Du'a
      • Heart Expression#1
      • Counting ~~
      • 18 June 2013 Part 2
      • 18 June 2013- PART 1.
      • Hello Hai
      • wordless tuesday~
      • Hari Demi Hari . . . .
      • Will Prove ~
      • Jangan tinggalkan auramuDi sekelilingkuIa membua...
      • Friday Randomness #1
      • Goal Goal Goal ....
      • do you ?
      • *Promises*
      • *Heaven*
      • Three # My Auntie
      • Capital S
      • Nature of my heart . . . .
      • Whole Day.......
      • FAKTA tentang perempuan ...
      • Diri Ini Ingin .. . ..
      • TAHNIAH ...
      • 13.07.2013
      • SIGN...
      • Wordless Sunday Part-1
      • *ALLAH KNOWS*
      • uwaaa~~Aissshhh~~Haihhh~~
      • update update ...
      • Tak Da Tajuk ~~
      • hey hey hye....
      • Aku Bukan Dia, Bukan Kamu Atau Mereka . . ..
      • A BIG THANKS .....
      • Dia Demam :(
      • From The Bottom Of My Heart ...
      • MY GREATEST FEAR !
      • Si Suami Belasah Si Isteri.....
      • Bila Aku Jatuh Cinta ............
      • Ku Mengharap.......
      • Ramadhan :)
      • Weiiiiiiii
      • Warna
      • Wordless Tuesday - Part 1
      • Random#5
      • sukar untuk ....
      • Wordless Monday
      • Mohon Kekuatan !
      • YA ALLAH . .. .
      • Menyimpan ~~
      • Nukilan Buat Sahabat Yang Ku Kehilangan ~~
      • Mohon Bayar ~~
      • From Me To You .....
      • love.soul mate.marriage
      • Berbeza
      • New Buddies . New Bestfrie
      • Miss Polka Dot Dot Dot Com My :D
      • SSID vs SSBID :)
      • Kasih Jangan Pergi
      • Right Now#
      • Saya~
      • Teduhan Kasih~
      • Senyuman Terukir Di Bibir .....
      • Went Out Together ~
      • 12 days from today~
      • Terbukti ~
      • Wordless Wednesday~
      • i've found in you...
      • Tiada Dendam Dalam Diri Ini : )
      • MY roomate :)
      • Patient Heart ....
      • from me to you ....
      • Random#4
      • please work hard !
      • 4 angka ~
    • ►  Jun (40)
    • ►  May (2)
  • ►  2012 (95)
    • ►  Nov (9)
    • ►  Oct (4)
    • ►  Sep (21)
    • ►  Aug (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (7)
    • ►  Mar (15)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (23)
  • ►  2011 (57)
    • ►  Dec (12)
    • ►  Nov (15)
    • ►  Oct (12)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Jan (14)
  • ►  2010 (1)
    • ►  Oct (1)

Iklan

Copyright From Me . Powered by Blogger.