Dec 27, 2015
Kesayuan PJJ dengan suami.
Dec 27, 2015,12:06 AM |
Comment
Tak semua wanita boleh kena tinggal berbulan bulan oleh suami... Tidak semua wanita juga rasa "Feeling" bagai mana PJJ dengan suami berbulan bulan, dengan hanya sekadar dengar suara dia sahaja.. Tak semua. Hanya Wanita yang terpilih itu lah, yang akan merasai "FEELING" tersebut =)
Menjadi isteri seorang pewira bukan semudah yang kita sangka, Hati isteri tersebut kena kental, ketat.. begitu lah juga ida.
Hari ini, dah hampir 3 minggu suami operasi di sempadan sana,. Siapa tak terasa... baru 3 minggu, malam malam cari bau suami ku :(
Hari ini, mood ida macam emo sikit, emo jeles bila tengok rakan kat facebook semua bercuti sakan dengan family masing masing bawak anak, namun ida duduk berdua dengan anak tengok tv. Nak keluar pun memang langsung tak ada mood.. rasa tak lengkap tanpa suami tersayang...
Selesai sahaja solat asar, aku terdetik nak message suami ku, tiba tiba suami ku hantar message " Rindu sayang dan fateh sgt2, sebak je rasa.... " Ya allah, ida ingat ida je rasa perasaan rindu yang menghantui harini, tak sangka suami ku pun sama... Alhamdulillah, terima kasih ya allah, kerana kau sampaikan rinduku melalui doa doa yang ku kirimkan...
Tanpa ku sedar, air mata jatuh ke pipi... melihat potret yang pernah kami tangkap bersama.
Malah bila malam, bila tatap wajah anak, Memang akan menitis air mata... Rindu !!
Isteri mana tak rindukan suami dia...Namun apakan daya, ida harus kuat... kuat untuk suamiku, kuat untuk anak ku, serta untuk bakal seorang lagi... Untuk 3 bulan ni, ida lah mama, ida lah papa untuk anak kami Fateh Al Husni...
Dear abang,
Kami rindukan abang sebagaimana abang rindukan kami :)
Jaga solat, Jaga Hati, Jaga Mata.
Sayang doakan abang sentiasa dilindugi oleh allah swt.
-Good Night-
No comments:
Post a Comment