-->
Perjalanan  Hidupku

Jun 6, 2012

rahsia bulan kelahiran Anda . . .

Jun 6, 2012,7:46 PM | Comment


Assalamualaikum kawan-kawan, pakcik makcik abang akak semua , Apa khabar harinie. Diharap semua ye sihat sihat Walafiat lahh ye, Kalau ada yang sakit tue, eyda suggestkan pergilah jumpa doctor k..Jangan biar lama-lama,nanti MELARAT plakk..Ok Alhamdulilah, harini kita bertemu kembali bersama eyda yang senget ni ye ..Ok sebelum tue, eyda nak tanya kome-kome semua laaa kan, kome ni LAHIR pada Bulan berapa yer ??? Macam Eyda, eyda lahir pada bulan SEPTEMBER . HEHE. Kome-Kome tahu tak, rahsia disebalik bulan yang kami telah dilahirkan tue?? Mesti ada yang tak tahu kan?? Ok, untuk kali ni, eyda nak SHARE dengan kome-kome semua laaah mengenaii Rahsia sikap kamu semua mengikut bulan kelahiran kamu semuaa laaa.. Semua mesti Excited Nak tahu Kan... Jummm apa lagi, Tengok laaa di Bawah Ni :). Kajian ramalan ini merupakan kajian ramalan dari Dato Dr Fadzilah Kamsiah.. Apapun, benda ini sekadar ramalan, jangan ada yang percaya bulat-bulat plak ok.
Berikut disenaraikan :

JANUARI
·         Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
·         Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
·         Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
·         Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
·         Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
·         Pandai mengambil hati orang lain.
·         Pendiam kecuali telah dirangsang.
·         Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
·         Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
·         Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
·         Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
·         Cukup sayang pada kanak-kanak.
·         Suka duduk di rumah.
·         Setia pada segala-galanya.
·         Perlu belajar kemahiran bersosial.
·         Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
·         Berfikiran abstrak.
·         Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
·         Bijak dan pintar
·         Berpewatakan yang mudah berubah.
·         Mudah menawan orang lain.
·         Agak pendiam.
·         Pemalu dan rendah diri.
·         Jujur dan setia pada segalanya.
·         Keras hati untuk mencapai matlamat.
·         Tidak suka dikongkong.
·         Mudah memberontak apabila dikongkong.
·         Suka kegiatan yang lasak.
·         Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
·         Mudah mempamerkan marahnya.
·         Tidak suka benda yang remeh-temeh.
·         Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
·         Sangat berani dan suka memberontak.
·         Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
·         Pemerhatian yang tajam.
·         Suka hiburan dan sukan.
·         Suka benda yang bersifat seni.
·         Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
·         Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
·         Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
·         Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
·         Berpesonaliti menarik dan menawan.
·         Mudah didampingi.
·         Sangat pemalu dan pemendam rasa.
·         Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
·         Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
·         Suka pada kedamaian.
·         Sangat peka pada orang lain.
·         Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
·         Tidak cepat marah dan sangat amanah.
·         Tahu membalas dan mengenang budi.
·         Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
·         Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
·         Suka berangan-angan.
·         Suka melancong.
·         Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
·         Kelam kabut dalam memilih pasangan.
·         Suka dengan hiasan rumahtangga.
·         Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
·         Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
·         Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
·         Sangat aktif dan dinamik.
·         Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
·         Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
·         Punya daya mental yang sangat kuat.
·         Suka diberi perhatian.
·         Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
·         Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
·         Sangat berani dan tiada perasaan takut.
·         Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
·         Emosi cepat terusik.
·         Cuba kawal perasaan.
·         Kecenderungan bersifat pendendam.
·         Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
·         Kuat daya ingatan.
·         Gerak hati yang sangat kuat.
·         Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
·         Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
·         Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
·         Keras hati & tegas.
·         Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
·         Pemikiran yang tajam.
·         Mudah marah apabila tidak dikawal.
·         Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
·         Perasaan yang amat mendalam.
·         Cantik dari segi mental & fizikal.
·         Tidak perlu dimotivasikan.
·         Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
·         Mudah dipujuk.
·         Bersikap sistematik (otak kiri).
·         Suka berangan.
·         Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
·         Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
·         Daya khayalan yang tinggi.
·         Permikiran yang tajam.
·         Pandai berdebat.
·         Fizikal yang baik.
·         Kelemahan sistem pernafasan.
·         Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
·         Tidak berapa suka duduk di rumah.
·         Tidak boleh duduk diam.
·         Tidak punya ramai anak.
·         Rajin dan bersemangat tinggi.
·         Agak boros
JUN
·         Berfikiran jauh & berwawasan.
·         Mudah ditawan kerana sikap baik.
·         Berperangai lemah lembut.
·         Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
·         Idea yang terlalu banyak di kepala.
·         Bersikap sensitif.
·         Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
·         Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
·         Bersikap suka menangguh-nangguh.
·         Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
·         Cepat marah & cepat sejuk.
·         Suka bercakap & berdebat.
·         Suka buat lawak & bergurau.
·         Otaknya cerdas berangan-angan.
·         Mudah berkawan & pandai berkawan.
·         Seorang yang sangat tertib.
·         Pandai mempamerkan sikap.
·         Mudah kecil hati.
·         Mudah kena selsema.
·         Suka berkemas.
·         Cepat rasa bosan.
·         Sikap terlalu memilih & cerewet.
·         Kurang mempamerkan perasaan.
·         Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
·         Suka pada barang yang berjenama.
·         Mudah menjadi eksekutif.
·         Kedegilan yang tidak terkawal.
·         Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
·         Sangat suka didamping.
·         Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
·         Agak pendiam kecuali dirangsang.
·         Ada harga dan maruah diri.
·         Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
·         Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
·         Sangat menjaga hati orang lain.
·         Sangat peramah.
·         Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
·         Berjiwa sentimental.
·         Jarang berdendam.
·         Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
·         Tidak suka benda remeh-temeh.
·         Membimbing cara fizikal dan mental.
·         Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
·         Layanan yang serupa terhadap semua orang.
·         Tinggi daya simpati.
·         Pemerhatian yang tajam.
·         Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
·         Mudah dan rajin belajar.
·         Suka muhasabah diri.
·         Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
·         Suka mendiamkan diri.
·         Suka duduk di rumah.
·         Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
·         Tidak agresif kecuali terpaksa.
·         Lemah dari segi kesihatan perut.
·         Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
·         Minta disayangi.
·         Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
·         Terlalu mengambil berat.
·         Rajin dalam membuat kerja
OGOS
·         Suka berlawak.
·         Mudah tertawan padanya.
·         Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
·         Berani dan tidak tahu takut.
·         Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
·         Pandai memujuk orang lain.
·         Terlalu pemurah & bersikap ego.
·         Nilai harga diri yang sangat tinggi.
·         Dahagakan pujian.
·         Semangat juang yang luar biasa.
·         Cepat marah & mudah mengamuk.
·         Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
·         Sangat cemburu.
·         Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
·         Cepat berfikir.
·         Fikiran yang berdikari.
·         Suka memimpin & dipimpin.
·         Sifat suka berangan.
·         Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
·         Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
·         Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
·         Belajar untuk bertenang.
·         Sikap kelam kabut.
·         Romantik, pengasih dan penyayang.
·         Suka mencari kawan
SEPTEMBER
·         Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
·         Sangat cermat, teliti & teratur.
·         Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
·         Pendiam tapi pandai bercakap.
·         Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
·         Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
·         Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
·         Sangat sensitif yang tidak diketahui.
·         Seorang yang banyak berfikir.
·         Daya pentaakulan yang baik.
·         Otak bijak & mudah belajar.
·         Suka mencari maklumat.
·         Kawal diri dari terlalu mengkritik.
·         Pandai mendorong diri sendiri.
·         Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
·         Suka sukan, hiburan & melancong.
·         Kurang menunjukkan perasaannya.
·         Terluka hatinya sangat lama disimpan.
·         Terlalu memilih pasangan.
·         Sukakan benda yang luas.
·         Bersistematik
OKTOBER
·         Suka berbual.
·         Suka orang yang sayang padanya.
·         Suka ambil jln tengah.
·         Sangat menawan & sopan santun.
·         Kecantikan luar & dalam.
·         Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
·         Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
·         Sentiasa berkawan.
·         Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
·         Cepat marah.
·         Macam pentingkan diri sendiri.
·         Tidak menolong orang kecuali diminta.
·         Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
·         Tidak suka terima pandangan orang lain.
·         Emosi yang mudah terusik.
·         Suka berangan & pandai bercakap.
·         Emosi yang kelam kabut.
·         Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
·         Suka melancong, bidang sastera & seni.
·         Pengasih, penyayang & lemah lembut.
·         Romantik dalam percintaan.
·         Mudah terusik hati & cemburu.
·         Ambil berat tentang orang lain.
·         Suka kegiatan luar.
·         Seorang yang adil.
·         Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
·         Mudah patah semangat
NOVEMBER
·         Banyak idea dalam perkara.
·         Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
·         Berfikiran kehadapan.
·         Berfikiran unik dan bijak.
·         Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
·         Pemikiran yang tajam.
·         Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
·         Sesuai jadi seorang doktor.
·         Cermat dan teliti.
·         Personaliti yang dinamik.
·         Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
·         Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
·         Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
·         Terlalu degil dan keras hati.
·         Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
·         Tak suka marah kecuali digugat.
·         Mudah ambil berat terhadap orang lain.
·         Pandai muhasabah diri.
·         Cara berfikir yang lain dari orang lain.
·         Otak yang sangat tajam.
·         Pandai mendorong diri sendiri.
·         Tidak hargai pujian.
·         Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
·         Cuba sampai berjaya.
·         Badan yang sasa.
·         Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
·         Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
·         Suka duduk d irumah.
·         Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
·         Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
·         Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
·         Bercita-cita tinggi.
·         Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
·         Sangat setia dan pemurah.
·         Bersifat patriotik.
·         Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
·         Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
·         Bercita-cita tinggi.
·         Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
·         Seronok bila didampingi.
·         Suka bercampur dengan orang.
·         Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
·         Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
·         Tidak pandai berpura-pura.
·         Cepat marah.
·         Perangai yang mudah berubah-ubah.
·         Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
·         Benci pada kongkongan.
·         Suka berlawak.
·         Pandai buat lawak dan berfikiran logik

till then

No comments:

Post a Comment


My Word


I write because I love to write and love to share my memory with him and I don't usually care if no one visits my blog :)


- Me -

A Tailor

NUR HIDAYAH BT BAHARUDIN
Eida + Along + Cumi
30 September 19**
Kuala Selangor/Sungai Petani
Mixed Blood
Taken by
♥3011712♥

JantungHatiKuh



My Husband
My ❤
My Heart
My Everything

Counting

Daisypath Anniversary tickers

Calender For All

Boutique & Online Store

AL-Husni Paradise

Promote Your Page Too

Followers

Blog Archive

  • ►  2016 (7)
    • ►  Feb (4)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2015 (10)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (2)
  • ►  2014 (71)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (5)
    • ►  Sep (7)
    • ►  Aug (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (10)
    • ►  Mar (7)
    • ►  Feb (7)
    • ►  Jan (25)
  • ►  2013 (188)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Nov (17)
    • ►  Oct (18)
    • ►  Sep (15)
    • ►  Aug (14)
    • ►  Jul (76)
    • ►  Jun (40)
    • ►  May (2)
  • ▼  2012 (95)
    • ►  Nov (9)
    • ►  Oct (4)
    • ►  Sep (21)
    • ►  Aug (2)
    • ▼  Jun (2)
      • rahsia bulan kelahiran Anda . . .
      • go0d m0rning :)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (7)
    • ►  Mar (15)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (23)
  • ►  2011 (57)
    • ►  Dec (12)
    • ►  Nov (15)
    • ►  Oct (12)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Jan (14)
  • ►  2010 (1)
    • ►  Oct (1)

Iklan

Copyright From Me . Powered by Blogger.