Assalamualaikum kawan-kawan, pakcik makcik abang akak semua , Apa khabar harinie. Diharap semua ye sihat sihat Walafiat lahh ye, Kalau ada yang sakit tue, eyda suggestkan pergilah jumpa doctor k..Jangan biar lama-lama,nanti MELARAT plakk..Ok Alhamdulilah, harini kita bertemu kembali bersama eyda yang senget ni ye ..Ok sebelum tue, eyda nak tanya kome-kome semua laaa kan, kome ni LAHIR pada Bulan berapa yer ??? Macam Eyda, eyda lahir pada bulan SEPTEMBER . HEHE. Kome-Kome tahu tak, rahsia disebalik bulan yang kami telah dilahirkan tue?? Mesti ada yang tak tahu kan?? Ok, untuk kali ni, eyda nak SHARE dengan kome-kome semua laaah mengenaii Rahsia sikap kamu semua mengikut bulan kelahiran kamu semuaa laaa.. Semua mesti Excited Nak tahu Kan... Jummm apa lagi, Tengok laaa di Bawah Ni :). Kajian ramalan ini merupakan kajian ramalan dari Dato Dr Fadzilah Kamsiah.. Apapun, benda ini sekadar ramalan, jangan ada yang percaya bulat-bulat plak ok.
Berikut disenaraikan :
JANUARI
· Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
· Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
· Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
· Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
· Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
· Pandai mengambil hati orang lain.
· Pendiam kecuali telah dirangsang.
· Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
· Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
· Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
· Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
· Cukup sayang pada kanak-kanak.
· Suka duduk di rumah.
· Setia pada segala-galanya.
· Perlu belajar kemahiran bersosial.
· Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
· Berfikiran abstrak.
· Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
· Bijak dan pintar
· Berpewatakan yang mudah berubah.
· Mudah menawan orang lain.
· Agak pendiam.
· Pemalu dan rendah diri.
· Jujur dan setia pada segalanya.
· Keras hati untuk mencapai matlamat.
· Tidak suka dikongkong.
· Mudah memberontak apabila dikongkong.
· Suka kegiatan yang lasak.
· Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
· Mudah mempamerkan marahnya.
· Tidak suka benda yang remeh-temeh.
· Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
· Sangat berani dan suka memberontak.
· Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
· Pemerhatian yang tajam.
· Suka hiburan dan sukan.
· Suka benda yang bersifat seni.
· Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
· Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
· Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
· Berpesonaliti menarik dan menawan.
· Mudah didampingi.
· Sangat pemalu dan pemendam rasa.
· Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
· Suka pada kedamaian.
· Sangat peka pada orang lain.
· Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
· Tidak cepat marah dan sangat amanah.
· Tahu membalas dan mengenang budi.
· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
· Suka berangan-angan.
· Suka melancong.
· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
· Kelam kabut dalam memilih pasangan.
· Suka dengan hiasan rumahtangga.
· Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
· Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
· Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
· Sangat aktif dan dinamik.
· Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
· Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
· Punya daya mental yang sangat kuat.
· Suka diberi perhatian.
· Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
· Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
· Sangat berani dan tiada perasaan takut.
· Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
· Emosi cepat terusik.
· Cuba kawal perasaan.
· Kecenderungan bersifat pendendam.
· Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
· Kuat daya ingatan.
· Gerak hati yang sangat kuat.
· Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
· Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
· Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
· Keras hati & tegas.
· Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
· Pemikiran yang tajam.
· Mudah marah apabila tidak dikawal.
· Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
· Perasaan yang amat mendalam.
· Cantik dari segi mental & fizikal.
· Tidak perlu dimotivasikan.
· Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
· Mudah dipujuk.
· Bersikap sistematik (otak kiri).
· Suka berangan.
· Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
· Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
· Daya khayalan yang tinggi.
· Permikiran yang tajam.
· Pandai berdebat.
· Fizikal yang baik.
· Kelemahan sistem pernafasan.
· Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
· Tidak berapa suka duduk di rumah.
· Tidak boleh duduk diam.
· Tidak punya ramai anak.
· Rajin dan bersemangat tinggi.
· Agak boros
JUN
· Berfikiran jauh & berwawasan.
· Mudah ditawan kerana sikap baik.
· Berperangai lemah lembut.
· Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
· Idea yang terlalu banyak di kepala.
· Bersikap sensitif.
· Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
· Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
· Bersikap suka menangguh-nangguh.
· Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
· Cepat marah & cepat sejuk.
· Suka bercakap & berdebat.
· Suka buat lawak & bergurau.
· Otaknya cerdas berangan-angan.
· Mudah berkawan & pandai berkawan.
· Seorang yang sangat tertib.
· Pandai mempamerkan sikap.
· Mudah kecil hati.
· Mudah kena selsema.
· Suka berkemas.
· Cepat rasa bosan.
· Sikap terlalu memilih & cerewet.
· Kurang mempamerkan perasaan.
· Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
· Suka pada barang yang berjenama.
· Mudah menjadi eksekutif.
· Kedegilan yang tidak terkawal.
· Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
· Sangat suka didamping.
· Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
· Agak pendiam kecuali dirangsang.
· Ada harga dan maruah diri.
· Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
· Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
· Sangat menjaga hati orang lain.
· Sangat peramah.
· Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
· Berjiwa sentimental.
· Jarang berdendam.
· Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
· Tidak suka benda remeh-temeh.
· Membimbing cara fizikal dan mental.
· Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
· Layanan yang serupa terhadap semua orang.
· Tinggi daya simpati.
· Pemerhatian yang tajam.
· Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
· Mudah dan rajin belajar.
· Suka muhasabah diri.
· Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
· Suka mendiamkan diri.
· Suka duduk di rumah.
· Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
· Tidak agresif kecuali terpaksa.
· Lemah dari segi kesihatan perut.
· Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
· Minta disayangi.
· Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
· Terlalu mengambil berat.
· Rajin dalam membuat kerja
OGOS
· Suka berlawak.
· Mudah tertawan padanya.
· Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
· Berani dan tidak tahu takut.
· Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
· Pandai memujuk orang lain.
· Terlalu pemurah & bersikap ego.
· Nilai harga diri yang sangat tinggi.
· Dahagakan pujian.
· Semangat juang yang luar biasa.
· Cepat marah & mudah mengamuk.
· Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
· Sangat cemburu.
· Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
· Cepat berfikir.
· Fikiran yang berdikari.
· Suka memimpin & dipimpin.
· Sifat suka berangan.
· Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
· Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
· Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
· Belajar untuk bertenang.
· Sikap kelam kabut.
· Romantik, pengasih dan penyayang.
· Suka mencari kawan
SEPTEMBER
· Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
· Sangat cermat, teliti & teratur.
· Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
· Pendiam tapi pandai bercakap.
· Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
· Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
· Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
· Sangat sensitif yang tidak diketahui.
· Seorang yang banyak berfikir.
· Daya pentaakulan yang baik.
· Otak bijak & mudah belajar.
· Suka mencari maklumat.
· Kawal diri dari terlalu mengkritik.
· Pandai mendorong diri sendiri.
· Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
· Suka sukan, hiburan & melancong.
· Kurang menunjukkan perasaannya.
· Terluka hatinya sangat lama disimpan.
· Terlalu memilih pasangan.
· Sukakan benda yang luas.
· Bersistematik
OKTOBER
· Suka berbual.
· Suka orang yang sayang padanya.
· Suka ambil jln tengah.
· Sangat menawan & sopan santun.
· Kecantikan luar & dalam.
· Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
· Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
· Sentiasa berkawan.
· Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
· Cepat marah.
· Macam pentingkan diri sendiri.
· Tidak menolong orang kecuali diminta.
· Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
· Tidak suka terima pandangan orang lain.
· Emosi yang mudah terusik.
· Suka berangan & pandai bercakap.
· Emosi yang kelam kabut.
· Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
· Suka melancong, bidang sastera & seni.
· Pengasih, penyayang & lemah lembut.
· Romantik dalam percintaan.
· Mudah terusik hati & cemburu.
· Ambil berat tentang orang lain.
· Suka kegiatan luar.
· Seorang yang adil.
· Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
· Mudah patah semangat
NOVEMBER
· Banyak idea dalam perkara.
· Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
· Berfikiran kehadapan.
· Berfikiran unik dan bijak.
· Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
· Pemikiran yang tajam.
· Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
· Sesuai jadi seorang doktor.
· Cermat dan teliti.
· Personaliti yang dinamik.
· Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
· Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
· Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
· Terlalu degil dan keras hati.
· Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
· Tak suka marah kecuali digugat.
· Mudah ambil berat terhadap orang lain.
· Pandai muhasabah diri.
· Cara berfikir yang lain dari orang lain.
· Otak yang sangat tajam.
· Pandai mendorong diri sendiri.
· Tidak hargai pujian.
· Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
· Cuba sampai berjaya.
· Badan yang sasa.
· Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
· Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
· Suka duduk d irumah.
· Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
· Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
· Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
· Bercita-cita tinggi.
· Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
· Sangat setia dan pemurah.
· Bersifat patriotik.
· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
· Bercita-cita tinggi.
· Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
· Seronok bila didampingi.
· Suka bercampur dengan orang.
· Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
· Tidak pandai berpura-pura.
· Cepat marah.
· Perangai yang mudah berubah-ubah.
· Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
· Benci pada kongkongan.
· Suka berlawak.
· Pandai buat lawak dan berfikiran logik
till then