-->
Perjalanan  Hidupku

Oct 30, 2011

pity u sis ayu =)

Oct 30, 2011,5:30 AM | Comment
hello kawan-kawan semua, apa kabar? semua sihat ker? HAA, cik eyda korang ni,harinie terasa BOSAN yang teramat-amat sangat, so eyda pun BUKAK LAH  GUA . Saje lah untuk suka-suka, tiba-tiba eyda terbaca satu kesah pasal artis malaysia kita ni Haa, cik raudah kita. Kecian dia , nak tahu kenapa ?Jum moh bace sama-sama .


Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.
Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.


till then

No comments:

Post a Comment


My Word


I write because I love to write and love to share my memory with him and I don't usually care if no one visits my blog :)


- Me -

A Tailor

NUR HIDAYAH BT BAHARUDIN
Eida + Along + Cumi
30 September 19**
Kuala Selangor/Sungai Petani
Mixed Blood
Taken by
♥3011712♥

JantungHatiKuh



My Husband
My ❤
My Heart
My Everything

Counting

Daisypath Anniversary tickers

Calender For All

Boutique & Online Store

AL-Husni Paradise

Promote Your Page Too

Followers

Blog Archive

  • ►  2016 (7)
    • ►  Feb (4)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2015 (10)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (2)
  • ►  2014 (71)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (5)
    • ►  Sep (7)
    • ►  Aug (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (10)
    • ►  Mar (7)
    • ►  Feb (7)
    • ►  Jan (25)
  • ►  2013 (188)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Nov (17)
    • ►  Oct (18)
    • ►  Sep (15)
    • ►  Aug (14)
    • ►  Jul (76)
    • ►  Jun (40)
    • ►  May (2)
  • ►  2012 (95)
    • ►  Nov (9)
    • ►  Oct (4)
    • ►  Sep (21)
    • ►  Aug (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (7)
    • ►  Mar (15)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (23)
  • ▼  2011 (57)
    • ►  Dec (12)
    • ►  Nov (15)
    • ▼  Oct (12)
      • ohh final.
      • ask myself.
      • kawan kepada lawan .
      • . tentang seseorang .
      • pity u sis ayu =)
      • women's sacrified . ( sad story )
      • unlucky days :)
      • petua untuk perempuan = )
      • Happy Deepavali = )
      • hate liar.
      • have a luck
      • pembaca setia
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Jan (14)
  • ►  2010 (1)
    • ►  Oct (1)

Iklan

Copyright From Me . Powered by Blogger.